Lho Aku Rek Kog Aku Teruz Gaya Wez Ayu eo Aku Dan Susi

Rabu, 18 Desember 2013

Membuat Logo Facebook Dengan Adobe Photoshop





Membuat Logo Facebook Dengan Adobe Photoshop


1. Buka program photoshop versi apa saja, untuk tutorial ini saya menggunakan photoshop CS 5
2. Pilih file > New atau tekan CTRL+N


3. Setting ukuran/size papernya dengan width : 800 px, Height : 800 px, Resolusi : 72 sedanagkan background Contents ganti dengan transparent
4. Pilih Rounded Rectangle Tool yang ada di tool box atau dengan menekan tombol U, perhatikan arah panah yang ada digambar


5. Buatlah sebuah garis kotak dengan menggeser mouse sambil menekan tombol shift, kemudian klik kanan pilih Fill Path lalu pilih warna logo yang mau kita desain, seperti yang kita ketahui warna logo facebook adalah biru sedikit tua, setelah di fill path tekan tombol delete untuk menhilangkan path/garis


6. Buat Layer baru dan buat lagi sebuah kotak seperti langkah No. 5 tanpa menekan tombol shift


7. klik kanan > Transform Path untuk mengatur garis dalam warna tersebut
8. kembali lagi buat layer baru ikuti sama seperti langkah No. 6
9. Untuk efek shine seperti mengkilap dalam logo, ubah capacity 2 layer tersebut yaitu layer 2 dan 3 sesuai yang kita inginkan misal 40%


10. gunakan blending options, pilih Gradient Overlay atur warna tersebut dengan warna biru dibawah



11. Pilih Layer 2, lalu gunakan tool Elliptical Marquee untuk memotong warna yang ada dibawah, klik kanan kemudian pilih select inverse lalu tekan delete untuk memotong


12. Sekarang tinggal membuat huruf F pada logo facebook untuk jenis font "f" facebook gunakan jenis font arial
13. pilih tool text atau tekan tombol T lalu buatlah huruf f pilih size font yang sesuai
14. Jika warna biru kurang cocok anda bisa ganti sesuai yang anda inginkan dengan cara ke blending options pilih color overlay dan gunakan bevel and emboss untuk membuat effek 3D


15. Save dengan ekstensi .psd, .png dll..

Jumat, 07 Juni 2013

Adab Memberi Salam

Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”. (QS. an-Nur: 27)
Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . .
Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”      (HR. Muslim 2162)

Rukun Islam


Rukun Islam bermaksud; menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADATAku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruhnya ” Dengan Syahadatain, iaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.

HARAM menyambut hari kekasih/Valentines Day


TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Jika Rasulullah itu masih ada

Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.

Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.


Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .

Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.